Oleh: Maszlee Malik, UIAM. Umat islam melalui para mujtahidinnya telah berijmak bahawa daging
babi adalah
haram untuk dimakan seperti yang telah dikatakan oleh Ibn Mundhir dalam bukunya
"Kitab al-Ijma’" (Lihat : al-Husni, Kifayatul Ahyar, Beirut : Dar al-Khayr, m.s.
70). Ini berdasarkan firman Allah S.W.T dalam al-Quran, (surah al-An'am : ayat
145) . Ayat tersebut dengan jelas menunjukkan bahawa daging
babi adalah haram
untuk dimakan. Para ulama juga telah bersepakat bahawa anggota lain dari
babiseperti tulang, kulit, lemak dan juga darahnya adalah haram untuk dimakan. Hanya
Ibn Hazm al-Zahiri sahaja yang mengatakan anggota selain daging
babi adalah
halal dimakan. Pendapat ini walaubagaimanapun adalah pendapat yang syadh
(ganjil) dan tidak diterima oleh jumhur (majoriti) umat islam.
Para ulama islam juga bersepakat tentang kenajisan daging
babi dan juga segala
yang bersumberkan
babi. Walaubagaimanapun mereka berselisih pendapat dalam tiga
perkara, yang pertama dalam kategori najis apakah ia najis mughallazah ataupun
mutawasitah. Yang keduanya, cara bagaimanakah untuk menyucikannya, dan ini
bergantung kepada kategori manakah ianya dianggap sebagai najis. Yang ketiga ,
mereka juga berkhilaf samada kulit
babi, rambutnya dan juga tulangnya dan mana –
mana bahagiannya adakah boleh digunakan setelah disucikan melalui proses dibagh
(samak dengan air kapur).
Jumhur ulama berpendapat ianya tegolong dalam najis mutawasitah yang hanya
memerlukan basuhan sekali sahaja jika tersentuh dengannya. Ianya sama seperti
kenajisan darah, luka, nanah, tahi dan juga kencing. Bagi Imam al-Syafie pula,
beliau berpendapat bahawa ianya adalah najis mughallazah yang sama sifat
kenajisannya dengan anjing yang memerlukan tujuh kali basuhan, dan sekali
basuhan dengan air tanah (al-Sya'rani, al-Mizan al-Kubra, Beirut : Dar al-Kutub
al-'Ilmiah, Cetakan Pertama, 1998M, jil. 1, m.s. 138).Pendapat inilah yang
menjadi pegangan majoriti pengikut mazhab Syafie, kecuali Imam al-Nawawi dan
juga yang bersependapat dengan al-Nawawi (al-Nawawi, al-Majmu', Beirut : Dar
Ihya al-Turath al-Arabi, jil. 4, m.s. 604).
Mengenai isu pengunaannya pula, jumhur ulama melarang pengunaannya samada
sebagai perhiasan, beg, kasut, pakaian dan sebagainya kerana ianya adalah najis
(walaupun mutawasitah) . Bagi sebilangan ulama Malikiyyah, Abu Daud al-Zahiri
dan juga al-Syawkani, mereka melihat tidak ada kesalahannya untuk menggunakannya
jika ianya telah melalui proses dibagh (ibid).
Yang menjadi pokok perbincangan di sini ialah mengenai kenajisannya dan juga
cara menyucikannya yang menjadi satu bebanan kepada umat islam di Malaysia dan
juga dalam sesetengah keadaan menjadi benteng pemisah selamanya antara kaum di
Malaysia.
Doktrin yang membebankan ini sebenarnya hanyalah ijtihad Imam Syafie yang
mengqiyaskan kenajisan
babi dengan kenajisan anjing dengan kaedah "qiyas
awla"nya (al-Syafie, Kitab al-Umm, Beirut : Dar Marifah, 1393H, jil. 1, m.s. 9).
Logiknya menurut beliau, jika anjing yang tidak disebut pengharamannya secara
jelas di dalam al-Quran wajib disucikan kenajisannya dengan cara samak (tujuh
kali basuhan dengan basuhan pertamanya menggunakan tanah berdasarkan hadith
riwayat Abu Hurairah yang direkodkan sahih oleh Muslim di dalam kitabnya
al-Jami' al-Sahih atau sahih Muslim, Beirut : Dar Ihya al-Turath al-Arabi, jil.
1 m.s. 161), maka
babi yang telah diharamkan secara jelas di dalam al-Quran
lebih utama untuk disucikan kenajisannya dengan cara tersebut.
Atas dasar inilah majoriti pengikut mazhab Syafie sehingga ke hari ini
menganggap kenajisan
babi adalah sama atau lebih berat dari kenajisan anjing.
Bagi jumhur (majoriti) umat islam pula hadith Abu Hurairah yang berkaitan dengan
cara menyucikan kenajisan anjing jika anjing adalah semata - mata untuk anjing
dan bukan untuk selainnya. Menurut mereka pengharaman daging
babi (surah
al-Maidah (5): 5) adalah berkaitan dengan persoalan makan dan tiada kena mengena
dengan cara menyucikannya. Tambahan pula dalam ayat tersebut bukan hanya daging
babi yang diharamkan, bangkai dan juga darah disebutkan bersama dengannya.
Mengapa qiyas yang sama tidak digunakan untuk menggolongkan darah dan bangkai
bersama anjing dan
babi sebagai najis mughallazah ?
Yang lebih menarik lagi Abu Hurairah juga telah meriwayatkan hadith yang
menunjukkan cara menyucikan bijana yang dijilat kucing dengan 3 kali basuhan.
Mengapa tidak kucing pun digolongkan dalam najis mughallazah juga?
Kesimpulannya ijtihad ataupun pendapat Imam Syafie dalam persoalan cara
menyucikan najis
babi adalah tidak kuat dan tidak konsisten. Terdapat juga di
kalangan imam mujtahid dalam mazhab Syafie yang menyangkal pendapat beliau dan
bertegas menyatakan bahawa cara penyucian kenajisan
babi adalah cukup sekadar
basuhan sahaja sepeti najis - najis mutawasitah yang lain (kencing, tahi, darah
dan bangkai). Antara yang terkenal dengan pendapat sedemikian ialah Imam al-
Nawawi (lihat : al-Nawawi,opcit, jil. 4, m.s. 604 ). Pendapat beliau ini adalah
sama seperti pendapat majoriti umat islam dan amat bertepatan dengan dalil.
Sayangnya sebilangan besar pengikut mazhab Syafie termasuklah majoriti umat
islam di Malaysia amat berpegang kuat dengan pendapat Imam Syafie yang amat
ganjil ini. Dalam keadaan kehidupan bersama rakyat berbilang bangsa dan juga
dalam keadaan musafir ke negara di mana umat islam adalah minoriti doktrin ini
amat membebankan umat islam. Tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa ianya akan
semakin menjauhkan bukan islam dari islam, malah di kalangan umat islam sendiri
pun akan jauh dari islam kerana doktrin ini.
Sebagai contoh yang amat melucukan ialah bagaimana sebuah restoran milik bukan
islam yang telah dibeli oleh seorang peniaga muslim sekitar tahun 90'an di
Pahang. Majalah al-Islam telah merakamkan bagaimana mereka telah membasuh
seluruh kedai tersebut dengan air tanah. Bayangkan bagaimana jika seseorang
muslim membeli rumah pangsa atau kondominium dari seorang bukan islam ?,
bagaimanakah dia ingin membasuhnya dengan air tanah , bayangkan lagi jika rumah
tersebut di tingkat 30 ...pastinya pihak pengurusan kondominium tersebut akan
mengamuk dan seluruh kondominium akan banjir!!
Antara yang menjadi bebanan juga ialah keadaan saudara baru yang masih tinggal
dengan keluarganya. Sering kita dengar suara - suara sumbang yang menyuruh
saudara - saudara baru untuk meninggalkan keluarga mereka. Mana tidaknya,
doktrin
babi al-Syafie mengatakan mereka tidak boleh makan dirumah kerana
pinggan mangkuknya ada najis dan mesti disamak. Rumahnya ada kesan
babi, maka
dia tidak boleh bersolat di dalamnya, emaknya dan bapanya makan
babi, maka dia
tidak boleh bersalaman apatah lagi mencium dan memeluk mereka. Bekas minum tidak
boleh digunakan lagi kerana ada kesan
babi, pendekata jika seseorang itu masuk
islam bukan hanya agama dan akidah lamanya sahaja, malah dia terpaksa atau
dipaksa untuk meninggalkan keluarga, rumah, saudara mara dan jika tidak
keterlaluan ibu bapa mereka. Maka terjawablah persoalan mengapa tidak ramai
orang bukan islam ingin memeluk islam!
Contoh yang lebih teruk lagi jika golongan yang mendokong doktrin
babi al-Syafie
ini ke negara majoriti bukan islam yang kuat makan
babi seperti Jepun, Korea,
Taiwan, Jerman dan negara - negara seumpamanya. Yang pasti mereka tidak akan
boleh duduk di kantin, mereka tidak boleh makan di kedai - kedai makan walaupun
mereka tidak memakan
babi, mereka tidak boleh tinggal di rumah sewa kecuali
selepas disamak, mereka tidak boleh menziarahi rakan - rakan mereka yang bukan
muslim dan akhirnya mereka hanya akan menjauhkan manusia - manusia lain dari
islam itu sendiri. Relevan lagikah ijtihad al-Syafie yang semata - mata
merupakan pandangan peribadinya sahaja yang boleh jadi salah ?
Persoalan ini memerlukan jawapan segera terutamanya dari kalangan ustaz - ustaz
generasi baru yang telah terdedah kepada pembelajaran "Fiqh Muqarin" dan
berfikiran terbuka. Penyelesaian segera demi menyelamatkan umat islam di
Malaysia dari terus dibebani dan disusahkan dengan doktrin
babi al-Syafie.
Posted on
Monday, November 9, 2009
by kperak |