Selamat Datang Ke
Laman Rasmi KPerak
Mahasiswa Du'at Teras
Kepimpinan Negara
KARISMA Perak atau lebih dikenali sebagai KPerak merupakan cawangan Kelab Rakan Siswa Islah Malaysia (KARISMA) bagi negeri Perak yang bergiat aktif sejak awal penubuhannya pada tahun 2003. Blog ini merupakan media rasmi bagi KPerak sebagai sumber maklumat aktiviti dan program yang akan/telah dianjurkan oleh KPerak. Tekan di sini untuk mengenali KPerak selanjutnya.

utama
arkib aktiviti
tazkirah
paparan umum
muat turun
perihal
email
pautan KARISMA Nasional
AKTIVITI TERKINI
AKTIVITI TERKINI
BAHAGIAN ARKIB
BAHAGIAN ARKIB
KPerak Poll
KPerak Poll

STATISTIK PENGUNJUNG
STATISTIK PENGUNJUNG
INGIN MENYUMBANG IDEA?
INGIN MENYUMBANG IDEA?

Kami mengalu-alukan sebarang cadangan/idea/teguran yang membina untuk meningkatkan lagi mutu blog KPerak ini. Sekiranya anda mempunyai sebarang artikel menarik untuk dikongsi bersama, boleh la menghantar email ke alamat seperti di bawah dan setelah diluluskan oleh pihak moderator, artikel tersebut akan disiarkan.

~ Makna Qurban Bagi Kita ~
~ Makna Qurban Bagi Kita ~

Assalamualaikum wrwb

Ikhwah dan akhawat yg ana kasihi,

PAGI!

Kita akan merayakan hari raya eidul adha beberapa hari lagi. Saudara2 kita berwukuf hari ini di Padang Arafah dan akan merayakan eidul adha esok Rabu . Sesungguhnya seluruh aspek manasik ibadah Haji mengingatkan kita kepada peristiwa yang berlaku lebih 5000 tahun yg lalu apabila seorang ayah yang telah lama meninggalkan anaknya bersama ibunya kembali dari perantauan menjalankan dakwah bertemu anaknya buat kali pertama setelah ditinggalkan sekian tahun lamanya. Ayah yg amat mengasihi anaknya ini tiba2 diperintahkan Allah melalui sebuah mimpi yg benar untuk melakukan sesuatu yang di luar bidang fikiran dan emosi manusia biasa untuk melakukannya. Perintah itu adalah perintah untuk menyembelih dan mengorbankan anaknya yang amat disayangi yang . Namun sikap seorang hamba yang patuh tanpa soal terserlah bukan sahaja pada bapa tetapi juga pada anak pilihan Allah ini. Bapa yang tidak bersifat diktator ini dengan lemah lembut bertanyakan pendapat anaknya tentang apa yang diperintahkan Tuhan. Kisah ini dirakamkan Allah dalam surah Asshaffat : 102-109

102. Maka ketika Anaknya itu sampai (ke peringkat umur Yang membolehkan dia) berusaha bersama-sama dengannya, Nabi Ibrahim berkata: "Wahai anak kesayanganku! Sesungguhnya Aku melihat Dalam mimpi Bahawa Aku akan menyembelihmu; maka fikirkanlah apa pendapatmu?" . Anaknya menjawab: "Wahai ayah, jalankanlah apa Yang diperintahkan kepadamu; insya Allah, ayah akan mendapati daku dari orang-orang Yang sabar".

Lalu dengan penuh kesungguhan keduanya melaksanakan perintah itu. Mengikut riwayat si anak malah menyarankan kepada bapa supaya menanggalkan baju luarnya agar tiada kesan percikan darah yg tentunya akan menyayat hati ibunya bila melihatnya kemudian. Lalu Si Ayah merebahkan anaknya dan menggunakan pisau yg tajam dgn penuh nekad dan tawakkal melaksanakan penyembelihan itu. Ikhwah dan akhawat bayangkan perasaan si Ayah ketika itu yang sesungguhnya merasakan gejolak perasaan yang tidak digambarkan menyembelih anaknya sendiri. Pisau itu telah pun diletakkan dan secara fizikal dan pasti N Ibrahim telah pun menyembelih anaknya. Kemudian apabila dibuka matanya barulah dilihat anaknya Ismail berada di sebelahnya dan Allah telah menggantikannya dgn binatang yg besar. Subhanallah

103. Setelah keduanya berserah bulat-bulat (menjunjung perintah Allah itu), dan Nabi Ibrahim merebahkan Anaknya Dengan meletakkan iringan mukanya di atas tompok tanah, (Kami sifatkan Ibrahim - Dengan kesungguhan azamnya itu telah menjalankan perintah kami),

Itulah Kisah Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail....diuji Allah untuk membebaskan diri dari segala kecintaan hatta kepada anak sendiri harta yg paling dicintai. Ternyata Allah itu ada cara tersendiri untuk menguji keimanan hambaNya. Setelah terbukti keimanan yang tidak berbelah bagi N Ibrahim dan N Ismail maka Allah berkenan menggantikan Nabi Ismail dengan haiwan sembelihan yang besar....

104. Serta Kami menyerunya: "Wahai Ibrahim!

105. "Engkau telah menyempurnakan maksud mimpi Yang Engkau lihat itu". Demikianlah sebenarnya Kami membalas orang-orang Yang berusaha mengerjakan kebaikan.

106. Sesungguhnya perintah ini adalah satu ujian Yang nyata;

107. Dan Kami tebus Anaknya itu Dengan seekor binatang sembelihan Yang besar;

108. Dan Kami kekalkan baginya (nama Yang harum) Dalam kalangan orang-orang Yang datang kemudian:

109. "Salam sejahtera kepada Nabi Ibrahim!".

Robert E Quinn dalam Harvard business review mengatakan

"Leaders are on top of their game when they act from their deepest values and instinct . Usually they tap into these fundamental qualities during a crisis , but it's possible to do anytime; in the right frame of mind...."

Krisis apakah yang lebih besar dibandingkan krisis perasaan dan emosi yang dilalui Nabiullah Ibrahim apabila diperintahkan untuk menyembelih anaknya sendiri..... sehingga akhirnya peristiwa tersebut menjadi pemangkin utk mereka berdua mendirikan kaabah sebagai bukti dan mercutanda kecintaan abadi kepada Allah yg maha besar. Hasil kaabah itulah yang masih kukuh berdiri ribuan tahun lamanya dan menjadi pusat manusia semesta dunia tunduk mengagungkan Allah SWT...

Bagi kita mungkin kita tidak berhadapan krisis yg dialami N Ibrahim, namun percayalah dengan betul menghayati syahadah sebenarnya kita sepatutnya mempunyai the right frame of mind untuk mengeluarkan our deepest values and instinct dan berbuat sesuatu utk agama Allah.....

Oleh itu ikhwah akhawat di sebalik ibadah qurban yang kita jalankan setiap tahun itu rupanya terus terpahat iktibar dan pengajaran yg begitu dalam maknanya. Di sebalik penyembelihan dan memerciknya darah binatang qurban kita disuruh untuk sentiasa menyembelih segala sesuatu yang menjadi menghalangi kita dari kecintaan yang sesungguhnya kepada Allah.

Jadi sempena hari raya qurban kali ini lihatlah haiwan yang korbankan, perhatikan darah yang menyembur, bayangkan bahawa kita sebenarnya sedang menyembelih dan memotong pangkat kita, status kita, kebergantungan kita kepada keredhaan manusia, sifat sombong dan merasa cukup kita, harta kita , anak2 dan isteri atau suami kita , nafsu malas dan takut kita serta segala sesuatu yang menghalangi kita dari berbuat yang terbaik dan sekuatnya untuk jalan Allah.

Takbir , Allahu Akbar.

Salam eidul adha.

Nukilan;

Dr Hafidzah Mustakim

Ketua Wanita JIM Kelantan

18 Disember 2007

Ayuh, jom berqurban !!!

SELAMAT DATANG
SELAMAT DATANG


TAUTAN UKHUWAH
TAUTAN UKHUWAH
RANGKAIAN KARISMA
RANGKAIAN KARISMA
TAUTAN JAMAAH ISLAH
TAUTAN JAMAAH ISLAH
KELAB REMAJA JIM (KRJ)
KELAB REMAJA JIM (KRJ)
LAIN-LAIN PAUTAN
LAIN-LAIN PAUTAN
Hakcipta © 2008 KARISMA Perak
Tarikh Akhir Ubah Suai: 08/08/08